Kursus


Di sini kami menyediakan perkhidmatan kursus memproses jeruk buah-buahan. Kursus ini terbahagi kepada teori dan praktikal yang mengandungi 2 fasa iaitu :

Fasa 1 : Cara memproses buah pala, kedondong, mangga, betik, dan macang.
Fasa 2 : Cara memproses buah cermai, setoi, nenas, asam kelubi, rambutan, buah salak malaysia dan rokam.

Selain itu, segala kelengkapan telah disediakan kepada peserta yang menyertai kursus tersebut termasuklah nota buah-buahan, bahan-bahan dan alat-alat memproses, semasa melakukan praktikal sepanjang kursus ini.

Untuk makluman semua, perkhidmatan kursus kami semakin aktif sehingga ke pantai timur. Antara negeri yang pernah mendapatkan perkhidmatan kursus kami ialah Negeri Sembilan ( RISDA ), Kelantan ( Jabatan Perpaduan ), Terengganu ( Perbadanan Usahawan Melayu ), Pulau Pinang ( FAMA, MARDI, peladang kawasan ). Kursus ini juga telah melahirkan ramai usahawan dan peniaga jeruk yang berjaya di kawasan masing-masing.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus kami bolehlah membuat talian di talian 0134362848
( En. Zulkiefly )